Jumaat, 21 Jun 2013

Cili

PENGENALAN CILI

Cili ada banyak jenis antaranya ialah :-

   A)Cili besar terdiri daripada cili merah seperti :-

 - Cili kerinting  - ukuran lebih kecik berbanding cili merah lain.  Namun rasanya pedas dan baunnya lebih tajam.  Rupa fizikalnya berlekuk lekuk macam keris.  Kelebihan cili kerinting tahan serangan penyakit.  Hasil boleh dituai ketika berusia 3-4 bulan.  Kemudian antara 4-5 bulan.  Waktu kemuncak adalah ketika pokok berusia 6 bulan.

 - Cili hot beauty - kekadang dikenali sebagai cili Taiwan.  Fizikal bagi cili ini ukurannya besar, panjang dan lurus.  Isi buahnya nipis dan rasa kurang pedas berbanding cili kerinting.  Kesegarannya lebih tahan lama.  Hasil boleh dituai dalam usia 2-3 bulan.  Hasil kutipan berterusan 1.5-2 bulan atau tanaman mengeluarkan hasil hingga usia 3.5-5 bulan.

 - Cili hero - dikenali kerana boleh tumbuh dengan cepat dan mudah penjagaannya.  Fizikallnya buah berwarna merah cerah dan panjang lebih kurang 15 cm dan beratnya 16g.  Hasil boleh dituai dalam tempoh 2-2.5 bulan.  Hasil tuaian berlanjutan 1.5-2 bulan atau tanaman dapat mengeluarkan hasil hingga berusia 3.5-4.5 bulan.

 - Cili Capsikum - cili ni langsung tak pedas.  Cili ini biasanya di tanam di tanah tinggi (sejuk seperti cameron highland).  Cili ini agak leceh kerana lemah tahanan terhadap penyakit.  Hasil boleh dituai dalam tempoh 2 bulan.  Berlanjutan selama 2bulan dan dapat mengeluarkan hasil sehingga 4-4.5 bulan.

   B)Cili kecik -biasanya dipanggil dengan cili padi.  Berbanding cili besar yang boleh hidup semusim tapi cili padi boleh bertahan sehingga 3 tahun dan hasil pengeluaran berterusan jika dijaga sempurna.  Hasil boleh dituai dalam tempoh usia 4 bulan dan berterusan selang 1-2 minggu.  Usia pokok ini boleh bertahan 2-3 tahun.  Cili padi disukai kerana rasanya yang pedas.  Cili padi boleh disimpan agak lama.


PENYEDIAAN BIJI BENIH


- Benih boleh disediakan sendiri melalui buah cili yang ada didapur atau tanaman cili di halaman rumah.

- Pastikan cili yang dipilih keadaannya yang segar dan tak ada tanda penyakit.

- Kemudian keluarkan biji cili dan cuci serta jemurkan atau anginkan sehingga kering. (pastikan cili kering sekata)

- Biji benih yang baik memiliki bentuk dan ukuran yang sama, permukaan bersih dan tak berkedut serta warna cerah.

- Benih boleh disimpan dalam bekas bersih dan kering dan bertahan antara 6-12 bulan.


PERSIAPAN TANAH


- Benih seeloknya disemai terlebih dulu sebelum dipindahkan ke dalam pasu.

- Semaian boleh dibuat menggunakan bahan kitar semula seperti cawan polistrin, dalam tin susu, tray plastik atau apa saja asalkan mempunyai aliran air keluar daripada bekas..pst : jika tiada boleh tebuk sendiri.

- Tanah yang digunakan adalah campuran tanah, pasir dan baja kompos dengan nisbah 1:1:1.

- Benih boleh direndam dalam air suam dalam 2-3jam supaya dapat bercambah dengan baik.  Biasanya dari sini boleh diketahui benih yang elok yang mana benih yang tenggelam adalah benih yang baik, yang terapung kurang baik. (pst : jika rajin boleh buat ni - tapi aku terus je tabur benih selepas benih kering)

- Jarak semaian paling baik 3-5 cm supaya akar tak rosak atau putus sebab berebut sesama sendiri dalam tanah.

- Letak di tempat teduh.

- Agar sentiasa lembab semasa bercambah, permukaan semaian boleh ditutup dengan kain atau juga boleh letakkan sungkupan.  Jika menggunakan plastik sebagai sungkupan perlu dibuka agak kerap.

- Biasanya 3-4 dah mula bercambah. Tapi sebab aku balik kerja lambat maka, bila hujung minggu baru tengok balik tanaman maka usia 1-2 minggu dah agak besar.

- Biasanya 1-2 minggu daun dah banyak tumbuh (2-3 helai), maka anak benih boleh dialih ke dalam bekas lebih besar sedikit sebelum ke dalam pasu atau tanah.  ( tapi aku skip jugak proses ni sebab tak banyak masa - tapi masa cili antara 5-9 minggu dah memang agak besar dan kukuh baru aku alih dan aku akan pilih yang mana anak benih yang paling kuat dan berdaya saing)


PERSIAPAN PASU DAN BAHAN TANAM


- Pasu yang elok pasu yang dalam bukan leper kerana akar cili jauh ke dalam.  Sekurang-kurangnya berdiameter 15 cm.  Antaranya pasu simen, seramik, kayu, plastik tanah atau boleh juga kitar semula bekas sperti besen, tin minyak, tin susu, tin biskut, tong, bekas polistrin, atau botol-botol air mineral.

- Persedian tanah bergantung pada kesenangan, kemudahan dan kemampuan kita samaada nak beli atau boleh buat sendiri.  Paling penting tanah perlu gembur dan subur.  Campuran tanah seperti berikut :-
  1. pasir + baja nasjis ayam
  2. tanah + sekam + baja najis ayam
  3. abu sekam + baja najis ayam atau
  4. tanah + baja nasjis ayam 
:- 2 bahagian tanah dan 1 bahagian bahan lain.

- tahap asid (pH) yang sesuai sekitar 5 - 6.8.  Jika pH lebih daripada 7 atau kurang dari 5.5, pokok akan jadi kecik dan kurang subur.

- sebelum diisi tanah, pasu perlu ada pengaliran yang baik, dan dilapisi dengan bata merah tetapi jangan sampai tertutup.  Atau boleh juga gunakan batu-batu kecik sebagai alas pada lubang pasu.

- Tanah yang telah dicampur sekata kemudian boleh dimasukkan ke dalam pasu beberapa hari sebelum ank benih dipindahkan.

PENANAMAN ANAK BENIH

- Kedalaman anak benih sekurang-kurangnya 5cm dari atas.  Selepas itu, pasu diletakkan di ruang yang mendapat cahaya matahari secukupnya.

- Anak benih yang sihat boleh dikenali seperti berdaun, mempunyai batang yang kukuh dan tak mengalami kecacatan.

- Penanaman perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk tak merosakkan akar.

- Pastikan pasu diletakkan di kawasan yang mendapat cahaya matahari di waktu pagi dan hindari dari terik panas yang boleh mematikan anak benih.


PENYIRAMAN

- Tanaman perlu di siram 1-2 kali sehari. Biasanya pagi sekali dan petang sekali.  Tetapi jika musim hujan kurangkan penyiram.  Cuma pastikan anak benih sentiasa lembab dan mendapat air secukupnya.


PEMASANGAN KAYU PENYOKONG

-Pokok cili perlu dipasang penyokong lagi-lagi jika tanam pokok cili besar.  Ini kerana bila berbuah lebat, kayu boleh menyokong pokok cili.

- Sekurang-kurangnya paling lewat sebulan selepas tanam.  Kerana di takuti akar pokok akan rosak.

- Pancang kayu dipasang menyenget 45 arjah dari batang pokok.  Tapi aku cuma cucuk kayu pancang menegak berhampiran anak pokok dan ikat dengan tali rafia.


MENCATAS

- Tujuan mencatas dilakukan untuk memelihara dan mampu mengeluarkan hasil.

- Cantasan dilakukan pada tunas yang tumbuh sebelum memasuki fasa pembungaan.  Cantasan antara 2-3 kali sehingga cabang utama ditumbuhi bunga buat pertama kali.

- Selain mencatas tunas sampingan, pertumbuhan bunga yang pertama dan kedua juga perlu dicantas untuk membantutkan pertumbuhan generatif.  Ini kerana pokok masih muda dan belum kuat untuk mengeluarkan hasil, maka kualiti buah tak banyak dan pengeluaran akan menurun.

- Bahagian lain yang perlu dicantas adalah daun-daun di bawah cabang utama.  Canatasan boleh dilakukan ketika pokok berusia minima 75 hari selepas ditanam.

- Selain itu cantasan dilakukan jika daun-daun di bawah cabang utama terkena serangan hama atau penyakit, menguning dan daun tua.


PENYAKIT POKOK CILI

-Spesis Hama:-
  1. Hama thrips
  2. Tungau merah
  3. Aphid hijau
kesan daripada serangan diatas biasanya membawa virus kerinting.  Bahan yang terkena perlu dibuang.

- Serangan penyakit :-

  1. cendawan seperti layu cendawan
  2. Antraknosa
  3. Busuk daun
  4. Penyakit coklat pada daun
- Cara organik untuk atasi masalah ini ialah buang daun yang terkena penyakit jauh-jauh.
- Pastikan pasu diletakkan di tempat yang terkena panas. (pastikan tanaman tidak kering-penyiraman dilakukan)
- Jika pokok cili terkena penyakit virus kerinting, buang pokok tadi jauh-jauh kerana penyakit ini mudah menjangkiti pokok cilii lain.(sian lak rasanya-tetapi memang terpaksa daripada semua pokok cili yang lain rosak)

KEGUNAAN CILI

  1. Bisul, Luka, Sengal-sengal otot - daunnya ditumbuk lumat dan tampal pada tempat yang sakit kemudian dibalut.
  2. Sakit tekak, Ulser, Demam - rebus beberapa biji cili api tanpa dihancurkan hingga mendidih, tunggu air suam dan diminum atau dibuat berkumur-kumur.
  3. Sembelit, Cirit-birit - ambil beberapa urat akar pokok cili padi, dibersihkan dan direbus hingga airnya tinggal 1 cawan, minum airnya 2 kali sehari


Selasa, 21 Mei 2013

Alhamdullillah...Bunga Ros berbunga lagi

Beshhhnyerla...Berbunga lagi pokok bunga ros ni.Tapi kali ni pokok yang lain pula..Ingatkan dapatla warna merah pulak ke..Rupanya sama jugak warna pink..Amik gambar sebelum g kerja tadi..Sempat-sempatkan jugak masa nak amik gambar walau dah terlambat.Sebab takut tak lama kembangnya.Balik kerja harini nak tengok cmne lak keadaannya.Pagi tadi baru mula nak kembang..Layan pic ni.


Pic yang 1st tu nampak pokok bunga ros yang dah berkembang sebelum ni.  Kejap je dah layu.  Pic ke dua ni pulak yang baru berkembang harini.  Kali ni nak kira bapa lama je bunga ros ni kembang mekar.  Oh dan pagi tadi lupa nak hidu bau nya wangi ke tak.  Tak sabar pulak nak balik rumah.  Tapikan tak pasti pulak bunga ros ni spesis apa.  Tak apala nanti-nanti jela buat research.  Yang penting sekarang enjoy bunga tengah berkembang ni.  Poyokan...  Almaklumla tak sangka tangan sejuk.  Main cucuk-cucuk je dalam tanah..  Alhamdullillah menjadi...  Tu yang suka sangat tu...THE BEST LA...

Isnin, 20 Mei 2013

yeahhh dah dapat benih dari Tuan Iskandar

Hari ini dah dapat benih dari blog http://www.tanamsendiri.com/2011/02/benih-untuk-dijual-salad-chinese.html...Terima kasih Tuan Iskandar..Tak sabar pulak rasanya nak tanam..Sekarang tengah menunggu kiriman benih yang kali ke dua dari blog tanamsendiri jugak.Berharap hari ini bolehla mulakan menyemai benih salad cina dan sawi menang ni..


Isnin, 13 Mei 2013

Gambar pokok bunga ros...pink rupanye

Pokok bunga ros ni dapat daripada sepupu mak kt temerloh.wak mudakir.masa datang melawatnyer rajin pulak dia patahkan dari pokok bagi dalam 4 jenis@ warna pokok bunga ros.bila tanam nampaknya 2 je menjadi.tupun dah tak ingat ros warna pe yg menjadi..bila berbunga baru-baru ni terus amik gambar..tapi itupn dah terlambat sebab dah nak layu...huhuhu..sedihnya..tak apalah yang penting suka sangat sebab menjadi jugak tanam..lepas ni lau nak bagi bunga pada cik abang tak yah beli dah...petik je..lagi fresh dari ladang..hihihi..

Sabtu, 11 Mei 2013

Gmbar kacang botol 16.4.2013

Gambar ni pun setelah beberapa lama tanam.rasanya ada 2@3 minggu kot.skrg pokok kacang botor ni dah menjalar..petang ni lau sempat nak amik pic dah menjalar..tapi cam sian je sebab masa tanam dulu hubby & saya main campak je benih banyak2 dalam 1 pasu.dulu nak alih tak berkesempatan sebab kunun asyik bz jew..bila de kesempatan skrg ni dah menjalar..tak tau nak wt cmne.harap2 pokok ni tak merajukla..nak tunggu bapa lama boleh dapatkan hasil pulak..hihi..

Selasa, 23 April 2013

Cadangan tanaman di halaman rumahku

Mula – mula dulu target aku nak tanam tumbuhan untuk kegunaan dapur harianku.  Tapi bila aku kerja dikawasan yang dikelilingi dengan bahan kimia aku mula terfikir untuk mencari alternatif bagi mengurangkan diriku daripada bahaya bahan kimia.  Kebiasaannya jika kita kerja sekejap saja dengan bahan kimia tak mengapa tapi jika hari-hari, selama 8-10 jam aku dalam kawasan tersebut sehingga aku pencen...haaa aku kena berfikir cara mencegah daripada merawat.  Tapi jangan pulak korang risau, bahan kimia jika dijalankan mengikut cara yang betul dan berhemah tidak membahayakan.  Dan sebenarnya di mana-mana terdapat bahan kimia contohnyer perabut yang kita beli terdapat formaldhyde dan dalam kosmetik pun ada bahan kimia.  Tu antara contoh bahan kimia ada di mana-mana.  Maka setelah mengoogle dan melakukan carian jumpalah link yang banyak membantu aku.  Ni linknya http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_air-filtering_soil_and_plants...  Thanks to Wikipedia.  Oleh yang demikian berikut adalah cadangan tumbuhan yang aku nak tanam di halaman rumahku, ditempat kerja dan di dalam rumah.

Sebenarnya ramai yang diantara kita dah pun tanam pokok-pokok di bawah ni, cuma mungkin tak ramai yang sedar kebaikannya (macam aku la contohnya)sebab kita mungkin dah tanam di kampung-kampung dan kebanyakan dari pokok-pokok ni memang ada dipersekitaran kita.


1) Pokok duit-duit
-          Pokok duit-duit ni banyak jenis sebenarnya.  Lau nak lebih cun boleh rujuk link atas tadi dari wikipedia.  Sebab dulu-dulu aku kenali pokok duit-duit ni jenis yang kecik-kecik tapi dalam wikipedia lain pulak gambarnya. 



 Ni pokok duit-duit yang aku kenali masa kecik                 
sampai sekarang.









Ni pulak pokok duit-duit yang dalam laman Wikipedia.    












2)    Chlorophytum comosum 'Variegatum' / spider plant
-          Ni pokoknya.



3)  Pokok lidah mak mertua / lidah jin
-          Aku pun tak tau kenapa pokok tu diberi nama macam tu.

   no 1

















no 2 

Haaa ni nampak ada bezakan.  Aku mula-mula dulu pun keliru.  Bila google keluar gambar no 1 dan no 2.  Rupanya no 1 adalah pokok induk dan no 2 adalah pokok yang diambil melalui keratan daun untuk penanaman.



         4) dracaena reflexa 







      5)   pokok bunga daisy






-          Terima kasih pada kak yah tuan blog, senang dan mudah untuk saya rujuk.  Sebab saya keliru antara pokok daisy dan pokok kekwa.


6)      Pot Mum or Florist's Chrysanthemum (Chrysanthemum morifolium) / bunga kekwa






















So, setakat ini jela yang aku cadang nak tanam..Tengah mencari benih bunga kekwa dan daisy...